Monday 3 November 2014

SSKM Mencabar Keberadaan Suku Kaum Suluk Sabah




Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang bangsa menentang penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah iaitu Tan Sri Datu Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.

Hakikat yang mustahil puak SSKM terima ialah suku kaum Suluk adalah salah suku asal negeri Sabah. Mereka lebih gemar menuding jari mencari kesalahan orang, namun mereka lupa satu jari tunjuk orang, empat jari yang lain tunjuk diri sendiri.







0 comments:

Post a Comment