Monday 20 October 2014

Polis Sabah Buru Doris Jones, Dua Lagi!

Polis juga telah meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Polis juga telah meminta bantuan daripada 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

KOTA KINABALU: Polis masih meneruskan siasatan mengenai kes seorang wanita, Doris Jones, yang dipercayai seorang rakyat Sabah yang tinggal di luar negara, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Jalaluddin Abdul Rahman pada hari Ahad.

Jones diduga polis sebagai jurucakap bagi Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang mempunyai halaman popular di Facebook.

“Kami telah mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak mengenai siasatan,” katanya. “Bagaimanapun, kami tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi pada peringkat ini.”

Jalaluddin juga berkata polis sedang memburu seorang wanita tempatan, dalam lingkungan 40-an, yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai insiden yang kononnya berlaku di Tungku, Lahad Datu.

Wanita itu, menurut Pesuruhjaya Polis, telah mengedarkan rakaman suara sepanjang tiga minit kepada beberapa pihak dan media tempatan pada 25 September mengenai kejadian yang dikatakan itu.

Polis juga sedang mencari individu lain di Pitas yang mungkin berkaitan dengan menyebarkan berita palsu mengenai kejadian yang sama.

“Kami telah meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita melalui WhatsApp dan internet,” kata Jalaluddin.

Doris Jones dalam beberapa posting Facebook mendakwa bahawa tiada sesiapa pun daripada pihak Polis Malaysia yang menghubunginya.

Dalam satu posting Facebook beliau memaparkan alamat terkini beliau di United Kingdom.

Dalam satu lagi posting Facebook baru-baru ini, beliau berkata bahawa beliau berada dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat penting.


John Joseph | October 6, 2014 - Free Malaysia Today

2 comments: