Monday, 3 November 2014

SSKM Mencabar Keberadaan Suku Kaum Suluk Sabah




Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang bangsa menentang penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah iaitu Tan Sri Datu Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.

Hakikat yang mustahil puak SSKM terima ialah suku kaum Suluk adalah salah suku asal negeri Sabah. Mereka lebih gemar menuding jari mencari kesalahan orang, namun mereka lupa satu jari tunjuk orang, empat jari yang lain tunjuk diri sendiri.







Sunday, 2 November 2014

Lagi Ancaman Bunuh Pengikut SSKM!



Pemilik akaun facebook Chopz Suey dengan lantang dan berani menyatakan niat untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Tindakan beliau menarik perhatian pelbagai pihak dan aktivis media seluruh negara. Kononnya inilah pejuang, inilah yang benar. Hakikatnya, inilah sikap sebenar yang diterapkan SSKM sejak bergiat menghasut masyarakat Sabah Sarawak, kemudian lahirlah ramai seperti ini yang berani mencabar undang-undang.

Kini sudah jelas apakah disebalik perjuangan SSKM selama ini. Mereka gemarkan huru hara, sering menganjurkan kacau bilau yang akhirnya mengheret masyarakat Sabah Sarawak terjerumus dalam bahaya. 






Doris Jones Berniat Untuk Membunuh Pula!

Kenyataan dalam facebook Doris Jones baru-baru ini tidak boleh dipandang ringan apabila beliau menyatakan sesuatu yang berbaur ugutan dan ancaman bunuh. Pengikutnya pula seolah-olah merestui tindakan Doris Jones yang jelas suatu tindakan tidak masuk akal.

Inikah yang dibanggakan SSKM yang mengiktiraf Doris Jones sebagai seorang pejuang nasionalis dan pemimpin? Beliau jelas cuba menyemai sifat ganas dan bertindak mengikut amarah untuk kepentingan 'perjuangan' yang kononnya demi Sabah dan Sarawak. 








Tuesday, 21 October 2014

Kau Dah Kenapa Doris Jones?



Doris Jones merupakan orang kuat disebalik gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang giat menghasut masyarakat Sabah dan Sarawak melalui laman sosial facebook, twitter serta blog. Lebih manis kita lebelkan dia sebagai PENGKHIANAT NEGARA. Dia juga salah seorang yang bertindak sebagai batu api membuatkan Sabah dan Sarawak bergaduh dengan Semenanjung Malaysia. 

Kenyataan yang kami petik dari www.thepatriots.my mengenai Doris Jones yang menunjukkan solidaritinya terhadap ISRAEL. Kau dah kenapa auntie?

Fitnah dan Racist Budaya Penyokong SSKM!






Monday, 20 October 2014

Polis Sabah Buru Doris Jones, Dua Lagi!

Polis juga telah meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Polis juga telah meminta bantuan daripada 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

KOTA KINABALU: Polis masih meneruskan siasatan mengenai kes seorang wanita, Doris Jones, yang dipercayai seorang rakyat Sabah yang tinggal di luar negara, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Jalaluddin Abdul Rahman pada hari Ahad.

Jones diduga polis sebagai jurucakap bagi Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang mempunyai halaman popular di Facebook.

“Kami telah mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak mengenai siasatan,” katanya. “Bagaimanapun, kami tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi pada peringkat ini.”

Jalaluddin juga berkata polis sedang memburu seorang wanita tempatan, dalam lingkungan 40-an, yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai insiden yang kononnya berlaku di Tungku, Lahad Datu.

Wanita itu, menurut Pesuruhjaya Polis, telah mengedarkan rakaman suara sepanjang tiga minit kepada beberapa pihak dan media tempatan pada 25 September mengenai kejadian yang dikatakan itu.

Polis juga sedang mencari individu lain di Pitas yang mungkin berkaitan dengan menyebarkan berita palsu mengenai kejadian yang sama.

“Kami telah meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita melalui WhatsApp dan internet,” kata Jalaluddin.

Doris Jones dalam beberapa posting Facebook mendakwa bahawa tiada sesiapa pun daripada pihak Polis Malaysia yang menghubunginya.

Dalam satu posting Facebook beliau memaparkan alamat terkini beliau di United Kingdom.

Dalam satu lagi posting Facebook baru-baru ini, beliau berkata bahawa beliau berada dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat penting.


John Joseph | October 6, 2014 - Free Malaysia Today